Gambaran keseluruhan Rock_(siri_filem)

Rock (2005)

Rencana utama: Rock (filem)

Plot filem ini dibuka pada era millenium dengan watak Zack (Hasnul Rahmat) sedang bertugas mencop surat di pejabat pos. Ketika diarahkan mencuci surat-surat lama oleh bosnya, beliau terjumpa sepucuk surat yang dialamatkan ke kugiran lama yang pernah dianggotainya dulu, iaitu "Rimba Bara". Serentak dengan itu, fikiran Zack pun terus melayang mengimbas kembali kehidupannya pada 15 tahun yang lepas.

Plot ini kemudiannya bergerak membuka cerita mengenai Rimba Bara yang bercita-cita dan berhasrat untuk jadi terkenal pada lewat dekad 1980-an. Rimba Bara dianggotai oleh Zubir, atau lebih diminta dikenali sebagai Zack sendiri - gitaris, Jijo (Khir Rahman) – bass, Black – pemain dram, dan juga Amy (Que Haidar) - vokalis yang kadangkala main tamburin; mengharungi pelbagai peristiwa yang mencabar dan penuh lucu demi mengejar cita-cita mereka dan mereka percaya akan berjaya menjadi kumpulan rock (Rimba Bara) yang mantap dan berwawasan. Di samping itu, plot juga diserikan dengan kisah cinta di antara Zack dan Katy (Siti Elizad), rakannya sedari kecil. Namun, Jijo seringkali mengingatkan pada Zack bahawa mereka tidak boleh terlalu hanyut dengan cinta kerana mereka mempunyai 'wawasan'. Wawasan mereka semakin tidak dapat dibendung lagi apabila mengetahui bahawa acara Battle of The Bands peringkat negeri akan diadakan di tempat mereka. Untuk menyertai acara Battle of The Bands itu mereka terpaksa mengharungi peringkat saringan yang menyaksikan beberapa kehadiran band-band yang lebih mahir dan matang. Di tambah pula dengan kehadiran Zul Kapan (Mohamad Shoffi Jikan) dan The Malaikat Maut, membuatkan mereka gusar dan harus berlatih dengan lebih keras. Daripada segi penampilan pula, mereka terpaksa mencari punca untuk mempamerkan diri mereka sebagai rockers yang sebenar-benarnya. Seluar PVC, baju glamrock dan kasut Aliph merupakan gear yang begitu sangat dititikberatkan. Memandangkan sumber kewangan yang serba tidak mencukupi, mereka terpaksa menggunakan akal untuk mendapatkan semuanya itu termasuklah menggunting kain tempat duduk bas untuk mendapatkan bekalan PVC yang mencukupi.

Rock Oo! (2013)

Rencana utama: Rock Oo!

Plot cerita ini berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah Zack (Hasnul Rahmat) mengambil keputusan untuk berundur dari kumpulan tersebut. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah (Que Haidar) melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Pada masa yang sama Rimba Bara dikejutkan dengan perkhabaran tentang penyanyi utama mereka, Zul Kapan (Soffi Jikan) yang menghadiri uji bakat yang dilakukan oleh Syarikat rakaman milik M. Nasir, Luncai Emas. Berita tersebut telah sampai ke pengetahuan Amy dan kesempatan tersebut cuba diambil untuk merapati semula kumpulan lama yang pernah dianggotainya. Zul Kapan  dan Lan Lentik meninggalkan Rimba Bara selepas Luncai Emas bersetuju untuk mengambil Kumpulan Malaikat Maut sebagai artis rakaman. Kebuntuan mencari ahli baru selesai apabila mereka mengambil Slash untuk menggantikan Lan lentik sebagai gitaris utama manakala Amy telah diberi peluang kedua sebagai penyanyi utama.

Rock Bro! (2016)

Rencana utama: Rock Bro!

Rock Bro! diceritakan melalui naratif Jijoe, kemuncak pencapaian mereka apabila menjadi finalis Anugerah Juara Lagu, namun era rock mula meniti fasa kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip-hop pada awal 90-an. Amy Mat Piah meninggalkan jawatan sebagai pengurus kumpulan Rimba Bara kerana keinginanya yang terlalu kuat untuk menjadi penyanyi Rock. Namun begitu,o kumpulan Rimba Bara tetap meneruskan perjuangan musik mereka..Rimba Bara menerima seorang pembantu bernama Dio. Pada ketika ini jemputan untuk membuat persembahan mula berkurang sehingga memaksa mereka melakukan kerja sambilan bagi menyara hidup, selain mengambil tawaran gig di tapak ekspo tani. Disaat ini hati Zul Kapan mula berbolak balik dek kerana kecewa dengan perjalanan musik kumpulan mereka. Pada ketika ini juga prestasi Black mula terjejas kerana penyakit misteri. Zul yang sudah mula bosan mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia muzik dan melibatkan diri dengan aktiviti agama.

Rock 4: Rockers Never Dai (2020)

Penyanyi Ronnie James Dio (Sharwani NS) baru sahaja bangun dari koma berbelas tahun akibat kemalangan. Apabila dia terjaga, dia sedari dirinya berada pada zaman moden dan kumpulan rocknya Rimba Bara sudah lama tiada. Dio tidak dapat menerima arus muzik zaman kini yang banyak berubah dan tidak lagi menampilkan bakat nyanyian sebenar. Jadi, dia bergabung dengan beberapa pemuzik muda baru dan tubuhkan kumpulan rock Rimba Bara 2 bagi meneruskan legasi Rimba Bara. Dapatkah Dio dan ahlinya harumkan Rimba Bara 2, serta meneruskan legasi muzik rock yang tidak akan pernah lapuk dek zaman?

Rujukan

WikiPedia: Rock_(siri_filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rock-oo-s... http://star-ecentral.com/services/sprinterfriendly... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2020/01/... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2013/03/... https://www.mstar.com.my/spotlight/wayang/2016/11/... https://www.nst.com.my/news/2016/10/180271/rock-so... https://www.nst.com.my/news/2016/10/183833/movie-r... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment...